WELCOME TO MY BLOG

bacaan islam,artikel jawa,motivasi dan kata-kata mutiara.

Kamis, 03 Februari 2011

"Renungan Kata-Kata Penuh Hikmah"

62 Kata-kata Hikmah... Mari
Hayatinya... 1) Jangan sekali-kali kita
meremehkan sesuatu perbuatan
baik walaupun hanya sekadar
senyuman. 2) Dunia ini umpama lautan yg
luas. Kita adalah kapal yg belayar
di lautan telah ramai kapal
karam didalamnya.. andai muatan
kita adalah iman, dan layarnya
takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan
hidup ini. 3) Hidup tak selalunya indah tapi
yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan. 4) Setiap yang kita lakukan
biarlah jujur kerana kejujuran itu
telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup
sentiasa menjadi mainan orang. 5) Hati yg terluka umpama besi
bengkok walau diketuk sukar
kembali kepada bentuk asalnya. 6) Dalam kerendahan hati ada
ketinggian budi. Dalam kemiskinan
harta ada kekayaan jiwa. Dalam
kesempitan hidup ada kekuasaan
ilmu. 7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri
agar hidup penuh dengan
ketenangan dan keamanan. Hidup
tanpa pegangan ibarat buih-buih
sabun. Bila-bila masa ia akan
pecah. 8) Kegagalan dalam kemuliaan
lebih baik daripada kejayaan
dalam kehinaan. Memberi sedikit
dengan ikhlas pula lebih mulia
dari memberi dengan banyak tapi
diiringi dengan riak. 9) Tidak ada insan suci yang
tidak mempunyai masa lampau
dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai
masa depan. 10) Kata-kata yang lembut
dapat melembutkan hati yang
lebih keras dari batu. Tetapi
kata-kata yang kasar dapat
mengasarkan hati yang lunak
seperti sutera. 11) Lidah yang panjangnya tiga
inci boleh membunuh manusia
yang tingginya enam kaki. 12) Agama tidak pernah
mengecewakan manusia. Tetapi
manusia yang selalu
mengecewakan agama. 13) Nafsu mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar
rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar
ilmu dan kepintarannya. Dan hati
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya. 14) Keikhlasan itu umpama
seekor semut hitam di atas batu
yang hitam di malam yang amat
kelam. Ianya wujud tapi amat
sukar dilihat. 15) Hidup memerlukan
pengorbananan. Pengorbanan
memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan
ketabahan. Ketabahan
memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan. 16) Seseorang yang bijak
melahirkan kata-kata selalunya
disanjung sehingga ia mula
bercakap kosong. 17) Harta akan habis digunakan
tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu
akan berkembang jika ianya
digunakan. 18) Kekayaan bukanlah satu
dosa dan kecantikan bukanlah
satu kesalahan. Oleh itu jika anda
memiliki kedua-duanya janganlah
anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa. 19) Sahabat yang tidak jujur
ibarat dapur yang berhampiran.
Jikalau pun kamu tidak terkena
jelaganya sudah pasti akan
terkena asapnya. 20) Mengapa manusia gemar
mencetuskan pertelingkahan
sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah
kemesraan. 21) Kita sentiasa muda untuk
melakukan dosa tetapi tidak
pernah tua untuk bertaubat. 22) Gantungkan azam dan
semangatmu setinggi bintang di
langit dan rendahkan hatimu
serendah mutiara di lautan. 23) Setiap mata yang tertutup
belum bererti ia tidur. Setiap
mata terbuka belum bererti ia
melihat. 24) Jadikan dirimu bagai pohon
yang rendang di mana insan
dapat berteduh. Jangan seperti
pohon kering tempat sang
pungguk melepas rindu dan
hanya layak dibuat kayu api. 25) Menulis sepuluh jilid buku
mengenai falsafah lebih mudah
daripada melaksanakan sepotong
pesanan. 26) Jangan menghina barang
yang kecil kerana jarum yang
kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah. 27) Kegembiraan ibarat
semburan pewangi, pabila kita
memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya. Oleh itu
berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. 28) Esok pasti ada tetapi esok
belum pasti untuk kita. Beringat-
ingatlah untuk menghadapi esok
yang pastikan mendatang. 29) Reaksi emosi jangan dituruti
kerana implikasinya tidak seperti
yang diimaginasi . 30) Sahabat yang beriman ibarat
mentari yang menyinar. Sahabat
yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati
menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. 31) Orang yang bahagia itu akan
selalu menyediakan waktu untuk
membaca kerana membaca itu
sumber hikmah menyediakan
waktu tertawa kerana tertawa
itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk
beramal kerana beramal itu
pangkal kejayaan, menyediakan
waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan
waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa. 32) Penglihatan itu sebagai
panah iblis yang berbisa, maka
siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku
akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati… 33) “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama
kaca mata yang bersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat
apa-apa” 34) “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan
perjuangan kita walaupun
terpaksa menghadapi rintangan
demi rintangan dalam hidup” 35) Tanda Orang Bijaksana Ialah
Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan
Zikrullah; Matanya Menangis
Kerana Penyesalan (Terhadap
Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang
Dihadapi Dan Mengutamakan
Akhirat Berbanding Dunia. 36) Jika kejahatan di balas
kejahatan, maka itu adalah
dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara
biasa. Jika kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.” 37) “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair” 38) “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk
menjelaskan perasaan. Manusia
boleh membentuk seribu kata-
kata, seribu bahasa. Tapi kata-
kata bukan bukti unggulnya
perasaan” 39) “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg
kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita
fikirkan ialah menerima sesuatu
atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan” 40) “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman
seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya
mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan. 41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh
terbaik Kepada yang tua - Hargai budi
mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan
ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan 42) “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri
atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling
berkesan” 43) “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah
hidup seperti duri mencucuk diri
dan menyakiti orang lain.” 44) “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal
supaya hidup bahagia di dunia
dan akhirat” 45) “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja
yang menentukan, Harta itu satu
tamu yang akan berangkat,
kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan” . 46) “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih
lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah
dicari” 47) “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada
harta benda yg diwarisi dari
nenek moyang” 48) “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya
pinjaman dan mati tak ber
teman..” 49) “Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia
akan menjagamu, dan jika
engkau membiarkannya maka ia
tidak akan mempedulikanmu” 50) “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri” 51) “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu
penghalang, Sedangkan orang
lain menganggapnya sebagai
batu lonjatan.” 52) “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut
dengan hasilnya.” 53) “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita sering kali ingat apa yang
ora ng lain ada.” 54) “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya
daripada apa yang kita berikan
padanya.” 55) “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada
hal tertinggi, Dan engkau akan
mencapai yang tertinggi.” 56) “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.” 57) “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan
yang berkekalan. Apa yang ada
hanyalah percubaan, cabaran
dan pelbagai peluang. Jaminan
yang kekal abadi hanya dapat
ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.” 58) “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk
menyambut kesempatan yang
menjelma.” 59) “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya
datang dari semangat yang tidak
pernah mengalah.” 60) “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan
bermakna jika tidak melakukan
perkara yang betul.” 61) “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin
sentiasa melakukan yang
terbaik.” 62) “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang
terbaik dalam apa jua yang
dilakukan, pasti akan menghasil
kecemerlangan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar